KUALA LUMPUR – Jika mengikut amaran yang dibuat pihak penggodam yang mengelar diri mereka sebagai Anonymous, laman web http://www.malaysia.gov.my sepatutnya sudah digodam pukul 3.30 pagi tadi. Setakat ini, apa yang dapat dilihat ialah pelayan atau server laman itu tidak boleh diakses secara baik sepanjang pagi tadi.
Situasi itu menimbulkan persoalan jika ia mungkin terkena serangan Distributed Denial of Service (DDOS). Anonymous sebelum berkata ia akan menggunakan DDOS ke atas portal rasmi kerajaan berkenaan. Setakat ini tidak dapat disahkan secara tepat sama ada kumpulan Anonymous cuba menyerang http://www.malaysia.gov.my atau tidak malam tadi.
Anonymous sebelum ini dilaporkan berkata, mereka akan melancarkan serangan pada 7.30 petang GMT pada hari Rabu (3.30 pagi Khamis, waktu Malaysia) dan menamakan operasi tersebut sebagai “Operation Malaysia.” Mereka telah mengepos ancaman tersebut pada laman web, http://i.imgur.com/PTFWh.png. Kumpulan tersebut mendakwa tindakan menyekat dan menapis bahan-bahan dari internet oleh Kerajaan Malaysia, termasuk kepada 10 laman web perkongsian fail, sebagai satu perbuatan mencabul hak asasi manusia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim memberitahu bahawa kerajaan bersedia untuk menghadapi ancaman serangan berkenaan dan ia bukan ancaman pertama yang diterima kerajaan.
“Ini bukanlah kali pertama kita mendapat ancaman dari penggodam laman web, kita ada persediaan.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai inisiatif untuk mengekang serangan itu. Kita telah maklumkan pada pihak berkuasa terbabit”, katanya .Mencuri 100% dari Mynewhub.my
Ulasan
Catat Ulasan