Tambah Kelajuan Internet Ada

Browsing Internet dengan kelajuan tinggi pasti sangat menyenangkan.
Pelbagai cara dilakukan untuk menambah kelajuan internet baik menggunakan software
ataupun membuat beberapa “setting” tertentu pada modem dan komputer.

Dalam post kali ini saya ingin berkongsi  beberapa tips yang sedikit sebanyak mungkin dapat membantu anda
untuk mengatasi masalah kelembapan internet
seterusnya meningkatkan kualiti kelajuan sambungan internet anda :


Mengubah setting bandwith pada windows (untuk Windows XP sahaja)
Pada dasarnya sistem operasi windows (Windows Operating System seperti Windows XP)
telah membataskan bandwidth pada sambungan internet anda
sebanyak 20% daripada jumlah bandwidth maksimum.
Jika anda ingin menambah bandwidth internet supaya kelajuannya menjadi lebih cepat dan pantas,
anda boleh mengurangkan peratusan penggunaan bandwidth pada sistem operasi windows anda.
Cara-caranya seperti dibawah :


- Klik Start
- Klik Run
- Taip gpedit.msc
- Kemudian klik OK.

- Setelah masuk, dibawah “Computer Configuration”,
   klik pada “Administrative Templates”.

- Kemudian klik pada “Network”.

- Setelah terbuka, klik pula pada “QoS Packet scheduler”.

- Kemudian klik “Limit Reservable Bandwidth”.

- Dan setelah terbuka, ubah setting menjadi “Enable”.

- Kemudian ubah Bandwidth Limit menjadi “0″.

- Klik “Apply”, dan terus “OK”

- Kemudian keluar dan restart komputer anda

2.
Menggunakan browser Google Chrome atau Apple Safari Versi terbaru dari browser Chrome dan Safari sangat cepat jika dibandingkan dengan Firefox ataupun Internet Explorer.
Saranan saya ialah jika kelajuan internet anda terlalu rendah,
anda boleh menggunakan Google Chrome sebagai alternatif kerana selain cepat,
Chrome lebih selamat dibanding dengan Safari,
walau dalam beberapa perkara Safari kadangkala lebih cepat dari Chrome.

Jika anda sudah terbiasa menggunakan Firefox dan tidak mahu beralih ke browser lain,
anda boleh menambah Add-on “Adblock” untuk mem-block iklan, gambar dan flash yang aktif.
Terdapat beberapa Add-on lagi dari Firefox seperti NoScript yang boleh menambah kelajuan internet anda,
namun begitu terlalu banyak menggunakan Add-on boleh juga melambatkan akses internet dari browser Firefox itu sendiri.

3. Membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk anda.
Cara ini terbukti efektif untuk mempercepatkan akses browser.
Browser tidak perlu melakukan loading pada gambar setiap kali berkunjung ke laman web yang pernah dikunjungi sebelum ini,
kerana jika laman web sudah pernah dikunjungi akan secara automatik di-cache oleh browser.
Cara membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk hanya berlaku jika kapasiti harddisk anda cukup besar.
Pada umumnya ada sesetengah browser yang boleh diset kapasiti cachenya,
ada yang telah dikonfigurasi secara automatik.
Jika browser anda tidak mempunyai pilihan set cache,
ertinya anda jangan sering (atau tidak perlu) clear history di browser.

Ulasan