gOS dari google (OS terbaru)

Berita baik dan terbaru untuk semua peminat Google yang mahu mencuba aplikasi terbaru dari Google. Google telah mengeluarkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS. Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain. gOS ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp



Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, anda boleh mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percuma dengan ke laman web gOS iaitu www.thinkgos.com

Ulasan