Cara Manual Block Laman web XXX

Seringkali kita berfikir bagaimanakah cara untuk blok laman web pada komputer kita atau komputer orang lain agar tidak melayari laman-laman tertentu. Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan, salah satu cara yang paling mudah dan berkesan ialah dengan melakukannya secara manual, ianya sangat mudah.

Caranya ialah dengan pergi ke C:\WINDOWS\system32\drivers\etc, kemudian klik 2 kali pada fail hosts. Di sana masukkan laman web yang ingin diblock. Sila lihat contoh pada Rajah di bawah. 127.0.0.1 adalah alamat IP bagi localhost setiap komputer.





Kemudian anda boleh edit fail host ini dengan memasukkan senarai laman web yang ingin diblok secara manual, kemudian save fail host tersebut. Jadi, dengan menetapkan nama domain laman web tertentu sebagai 127.0.0.1 (localhost), komputer akan memahami laman web yang disenaraikan tersebut adalah localhost dan capaian ke laman web tersebut akan gagal. Sila rujuk gambarajah di bawah:





Gambarajah di atas adalah sebagai contoh sahaja, anda boleh memasukkan seberapa banyak laman yang ingin diblok mengikut keperluan, lebih hebat kalau masukkan sekali alamat IP laman web tersebut kerana ada juga yang pandai meletakkan alamat IP pada URL browser sebagai jalan alternatif jika diblok. (semakin hari end users semakin pandai)

Walaubagaimanapun, proses ini lambat jika dibandingkan dengan membuat virus sendiri dimana proses sama juga dilakukan dengan hanya klik sekali sahaja pada fail.exe yang bakal dihasilkan. Untuk itu, cara untuk membuat virus (untuk blok laman web secara terus dari komputer) akan saya tunjukkan pada artikel seterusnya

Ulasan