Cara Pastikan Antivirus Berfungsi @ Tidak


Anda selalu fikir kalau anda gunakan antivirus yang paling bagus sekali mesti virus tak berani nak masuk dah kan? Saya selalu format laptop pelanggan antaranya pakai antivirus yang original tapi tetap penuh dengan virus.

Ada yang cuma pakai antivirus percuma, tapi jarang-jarang masuk virus.
Jadi, apa bezanya orang yang pakai antivirus percuma dengan original ni? Antaranya yang original ni memangla lebih baik dari yang percuma. Tapi kalau tak pandai jaga, memang jadi sarang pembiakan virus jugak. =D.

Saya pun pakai antivirus percuma jugak tapi versi berbayar. Macam mana tu? Hehe. Ada la..Mana boleh bagitau.:-P. Nak tau kena la jadi pengunjung setia blog ni..hehe. Bila anda pakai antivirus, anda pasti ke yang antivirus tu berfungsi ataupun tak? Sebabnya ada je antivirus tapi tak berfungsi. Baik buang je dari ada. Buat berat komputer je 8-).

Jadi, macam mana nak cuba try test antivirus tu berfungsi ke tak untuk melawan virus yang jahat tu???

Jom cuba try test cara ni. Cara ni tak bahaya pun. Bukan virus tapi program yang dibuat untuk test samada antivirus tu berfunsi atau tak.

Caranya macam ni:


1.Buka notepad

2. Copy benda kat bawah ni ke dalam notepad

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Save dengan nama anda sendiri pun boleh tapi mesti diakhiri dengan .exe. Contohnya macam ni
“ Hack.exe ” Gantikan .txt dengan .exe. Save kat desktop.

4. Kalau antivirus anda tu detect sebagai virus, maknanya antivirus anda tu berfungsi dengan baik. Tapi kalau tak ada perubahan langsung, maknanya antivirus anda tengah tido ataupun memang dah tak berguna. Tunggu apa lagi, ganti je dengan yang baru.Hehe.

0 comments:

Catat Ulasan